Monday, 10 August 2015

APA ITU PAD KAIN???

BERMINAT??
WHATSAPP 012-2249400

SOALAN-SOALAN KERAP MENGENAI PAD KAIN SNOWPAD

Ambil sedikit masa untuk membaca FAQ. Dengan membaca, ia boleh membantu anda membuat keputusan yang tepat tentang apa yang sesuai untuk anda dan bagaimana pad kain berguna untuk anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lain, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami secara langsung. Kami mengalu-alukan apa-apa soalan dan akan membantu dalam apa cara yang boleh.
Apakah Pantyliner?
Pantyliner biasanya digunakan secara meluas sebagai lapisan di atas seluar dalam untuk menampung keputihan dan kencing yang tak disengajakan. Pantyliner keluaran kami dipanggil Dry Flux adalah yang paling nipis dan saiz yang paling banyak digemari dari semua saiz yang ada. Ia direka untuk kegunaan harian sesuai untuk keputihan yang ringan ke berat, aliran haid yang ringan, dan kencing yang tak disengajakan bagi golongan yang bermasalah. Ciri-ciri yang dilengkapi dengan minky yang sangat lembut dan menyerap lembapan jauh dari kulit, di bahagian dalam pula dilapisi mikrofiber yang anti-bakteria sebagai lapisan penyerap dan lapisan Nilon bersalut PU yang bertindak sebagai kalis air. Pantyliner Dry Flux berukuran lebih besar dari pelapik biasa baik pakai buang mahupun pelapik kain di pasaran, ia juga lebih panjang dan meliputi bahagian sulit anda membuatkan ia lebih selesa.​

Apakah itu Pad Kain?

Pad kain adalah alternatif kepada pad pakai buang yang boleh diguna semula. Pad kain adalah mesra alam, boleh diguna semula selama bertahun-tahun, menjimatkan kos, serta mempunyai manfaat kesihatan yang baik. Secara amnya ia terdiri daripada lapisan fabrik menyerap (seperti kapas, organik dan juga sintetik) yang berfungsi untuk menyerap aliran darah semasa haid dan juga nifas bagi yang bersalin.

Adakah ia datang dalam saiz yang berbeza?

Sudah tentu! Snowdrop menghasilkan 4 saiz yang berbeza untuk disesuaikan dengan setiap aliran dari ringan hingga ke aliran yang sangat berat. Kesemuanya juga dilengkapi dengan 2 butang untuk kemudahan melaraskan lebar supaya ia sesuai dengan saiz pelvis setiap individu. Semua Pad Kain kami telah direkabentuk khas untuk meliputi seluar dalam tanpa mengerutkan seluar dalam, terutamanya di bahagian belakang untuk perlindungan yang lebih baik dan selesa sepanjang hari. Dilengkapi dengan minky yang sangat lembut bersebelahan dengan kulit, ia terasa kering kerana minky menyerap lembapan jauh dari kulit dan kemudiannya diserap oleh lapisan penyerap mikrofiber yang anti-bakteria. Tidak seperti lapisan kalis air yang biasa digunakan dalam Pad kain lain di pasaran iaitu Poliester bersalut Polyurethane, kami menggunakan Nilon bersalut PU yang mempunyai perudaraan yang sangat baik bagi menyediakan aliran udara untuk rasa segar dan cepat kering.

Adakah ia tidak bau?

Anda akan terkejut bahawa darah anda tidak mengeluarkan bau yang menjijikkan seperti yang anda fikirkan selama ini. Darah kita sememangnya steril dan bersih dari saat ia keluar dari faraj. Ia hanya berbau darah yang normal, sama seperti darah yang keluar dari mana-mana bahagian badan yang lain, contohnya seperti luka pada permukaan kulit.

Bau yang busuk  sebenarnya adalah kesan dari tindak balas kimia antara darah dan bahan kimia di dalam pad pakai buang, bukanlah dari bau darah itu sendiri.

Adakah ia bersih?

Sudah tentu! Secara teknikalnya, pad kain adalah jauh lebih bersih dari pad pakai buang kerana darah hilang sepenuhnya semasa basuh. Jadi ia boleh digunakan semula untuk bertahun tanpa risiko jangkitan.

Ia terbukti apabila anda tidak akan merasa gatal apabila menggunakan pad kain untuk jangka masa yang panjang, tidak seperti pad pakai buang anda akan merasa tidak selesa serta gatal jika digunakan pada jangka masa yang panjang kerana pad pakai buang diperbuat dari kertas kitar semula atau pulpa kertas; yang mengandungi kimia dan toksik yang merbahaya. Apabila kimia dan toksik ini bertindak balas dengan darah, ia akan membiak bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan faraj dan keputihan yang tidak normal bagi sesetengah wanita.

Bagaimana cara gunakannya?
Cara untuk menggunakan pad kain adalah hampir sama dengan bagaimana anda memakai pad pakai buang. Pastikan hujung yang lebih lebar pad menghadap ke belakang, balutkan sayap pad ke seluar dalam anda, dan butangkan kedua-dua belah sayap ke bawah. Permukaan bulu yang lembut (minky) hendaklah sentiasa menyentuh bahagian peribadi anda, kapas yang bercorak dengan gelung riben harus menghadap ke bawah(tersembunyi di seluar dalam).

Kami mengesyorkan supaya  anda memakai seluar dalam kapas yang sesuai(tidak terlalu ketat, tetapi tidak terlalu longgar) semasa menggunakan pad kain, kerana ini akan membantu memastikan pad terletak setempat dan melekap rapat pada bahagian peribadi anda. Ia juga memastikan penyerapan maksimum dan mengelakkan darah anda daripada meleleh ke bahagian tepi. Perkara yang menarik tentang pad kain adalah tidak  seperti pad pakai buang yang melekat di seluar dalam anda dan tidak boleh diubah apabila dilekatkan, anda boleh mengubah kedudukan pad ke hadapan atau ke belakang bila-bila masa sahaja untuk keselesaan maksimum.

Saiz yang mana paling sesuai dengan saya?
Memilih saiz yang betul adalah tentang perlindungan dan aliran haid. Ukur panjang produk (pad pakai buang atau pad kain jenama lain) yang anda sedang gunakan dan pilih pad atau pelapik dengan panjang yang sama.
Lebar bagi bahagian depan dan belakang adalah berbeza-beza bagi setiap saiz. Lebar di tengah-tengah(sayap) dari saiz pantyliner sehingga ke pad kami adalah sama iaitu kira-kira 2.8 inci lebar di tengah apabila dibutangkan, walaubagaimanapun terima kasih kepada ciri yang hebat iaitu 2 butang yang boleh dilaraskan kelebarannya untuk kesemua saiz pad, ia boleh diselaraskan kepada 3.2 inci untuk perlindungan yang lebih luas di bahagian tengah atau untuk seluar dalam yang lebih lebar atau besar.
Pad Light Mist kami adalah setanding dengan saiz Maxi pad pakai buang yang biasa di pasaran, manakala Medium Dew pula amat sesuai untuk menggantikan pad malam dan saiz ini adalah yang paling digemari untuk kegunaan siang oleh pelanggan yang berbadan agak besar dan juga untuk aliran berat pada siang hari. Jika anda memerlukan perlindungan tambahan untuk semalaman dan juga siang, pad Heavy Stream adalah pilihan yang tepat kerana ia lebih panjang dan lebar di bahagian belakang berbanding Medium Dew.
Kami menamakan kesemua saiz produk kami dengan panggilan aliran yang paling ringan setiap saiz itu boleh menampung. Contohnya, pad Light Mist adalah untuk aliran ringan ke sederhana walaupun ia dipanggil 'Light' bermaksud ringan. Sama juga seperti Medium Dew, ianya sesuai untuk aliran sederhana ke berat tetapi dipanggil ‘Medium’ bermaksud sederhana, dan begitu juga bagi saiz lain. Rangkaian produk kami adalah sesuai untuk semua wanita yang mempunyai pelbagai aliran termasuklah aliran yang sangat berat.
Untuk saiz yang paling sesuai, kami mencadangkan agar anda mencuba saiz yang berbeza bagi mendapatkan saiz yang terbaik untuk anda.

Setiap wanita mempunyai aliran haid yang berbeza-beza dan sangat subjektif. Contohnya seorang wanita boleh menggunakan pad Medium Dew pada hari yang paling berat hanya dalam lingkungan 3-5 jam, ada juga wanita yang menggunakannya dari pagi hingga ke petang tanpa bocoran. Ada segelintir wanita yang hanya perlu menggunakan pad Light Mist saja untuk aliran yang paling berat untuknya dan Dry Flux Pantyliner utk aliran sederhana sehingga akhir haid. Jadi anda perlu cuba sendiri saiz-saiz yang ada sehingga anda tahu saiz mana yang paling sesuai untuk aliran anda sendiri. Anda juga harus mencuba sendiri berapa jam penggunaan yang paling selesa untuk anda bagi saiz yang bersesuaian.
Untuk pertama kali, kami sangat galakkan pakej basic kami yang merangkumi pelbagai saiz, dengan 2 Dry Flux pantyliner, 1 Pad Light Mist, 1 Pad Medium Dew dan 1 Pad Heavy Stream sebagai permulaan. Walaubagaimanapun, sesetengah wanita mendapati bahawa mereka lebih suka hanya 1 atau 2 saiz sahaja dan hanya menggunakan saiz tersebut sepanjang haid mereka. Ia menunjukkan paling penting untuk mengetahui aliran haid anda sendiri serta bila masa anda menggunakannya.

Berapa banyak yang saya perlukan?
Kebanyakan wanita memerlukan sekitar 10-16 keping pad dan/atau pelapik semasa haid. Apabila anda telah menemui saiz yang sesuai, mula membina koleksi anda berdasarkan panjang dan aliran haid anda. Ia juga bergantung kepada kekerapan  anda membasuh pad. Contohnya, jika anda mencuci pad anda setiap 1-2 hari, maka anda mungkin memerlukan sekitar 8-12 keping pad kain. Tetapi yang terbaik adalah menyimpan pad tambahan sebagai penyediaan sekiranya hari hujan, kerana pad kering agak lambat. Kami mencadangkan agar anda menyimpan stok pad yang lebih untuk jangka hayat pad yang lebih lama. Perlu diingatkan bahawa jika anda menggunakan pad yang sama dengan lebih kerap bagi setiap kali haid, anda mungkin perlu ganti dengan pad yang baru dengan lebih kerap juga. Setiap pad Snowdrop akan bertahan  selama kira-kira 80-90 basuhan atau 5-10 tahun (yang mana terdahulu).

Berapa kali saya perlu menukar pad dalam satu hari?
Kebiasaannya, kekerapan menukar pad kain adalah sama seperti pad pakai buang. Tukar pad anda kepada yang bersih  apabila penuh atau apabila anda telah menggunakannya pada waktu(jam) yang lama. Anda boleh agak untuk menggunakan kira-kira jumlah kuantiti yang sama seperti pad yang anda sedang gunakan atau mungkin kurang kerana pad Snowdrop secara puratanya tahan lebih lama. Contohnya, jika anda biasanya gunakan 4-5 keping pad(katakan 2-3 pad maxi, 2 pad malam) setiap hari, kami menganggarkan anda mungkin memerlukan 2-3 keping pad Light Mist dan 2 keping pad Medium Dew sehari atau mungkin kurang. Kebanyakan pelanggan memberitahu mereka biasanya menggunakan kurang 1 atau 2 keping pad dari kebiasaannya apabila mereka bertukar dari menggunakan pad pakai buang ke pad kain kerana ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang berbahaya dan gel penyerap, aliran haid akan menjadi kurang daripada biasa. Ini adalah sangat normal.

Bagaimana saya nak cuci? Ia seolah-olah leceh untuk mengendalikan setiap hari dan saya begitu sibuk dengan jadual saya.
Membasuh dan mengendalikan pad kain adalah semudah menguruskan pakaian lain. Pad Kain Snowdrop diperbuat daripada kain yang kalis kesan degil dan mudah untuk dicuci. Jika anda terlalu sibuk atau berasa leceh untuk mengendalikannya setiap hari, kami mengesyorkan anda untuk rendam pad dalam besen kecil (dengan sedikit detergen) sebaik sahaja anda tukar ke pad yang baru(sekiranya anda di rumah), terus melakukan ini setiap kali anda tukar dan rendam semua pad dalam besen yang sama. Anda tidak perlu basuh dengan segera kerana dengan merendam adalah lebih baik untuk memastikan pad bersih luar dan dalam. Daripada menggosok dan basuh terus pad, rendam dapat membantu untuk memastikan semua darah di antara lapisan dalam larut  dan keluar dengan habis tanpa susah payah tetapi pastikan anda menukar air rendaman kepada yang baru setiap hari untuk memastikan air rendaman sentiasa bersih, terus lakukan langkah ini selama 3-4 hari dan kumpul  semua pad untuk dimasukkan ke dalam mesin basuh (anda boleh campurkan pad bersama-sama dengan pakaian lain atau berasingan, yang mana anda lebih suka, diingatkan untuk tidak memasukkan pelembut kain).
Semasa proses rendaman, semakin hari, air rendaman akan menjadi semakin jernih, ini memberi isyarat bahawa pad telah bersih dari darah sepenuhnya. Kaedah ini adalah sangat baik untuk memastikan kebersihan pakaian lain jika anda mahu campurkan ke dalam mesin. Jika anda terlalu sibuk,  anda hanya perlu masukkan ke dalam mesin basuh dua kali sepanjang kitaran haid (sekali di tengah-tengah kitaran, contoh hari ke 3 atau 4, kali kedua ialah apabila anda haid telah berakhir). Apabila anda sudah mula dengan rutin ini, anda tidak akan merasakan ia satu beban, sebaliknya menjadi sebahagian dari kehidupan anda sama seperti pakaian lain. Mudah bukan? Tidak leceh, tidak perlu gosok atau sental, hanya masukkan dalam besen untuk rendaman (tukar air setiap hari, anda boleh lakukan ini sambil mandi) dan kemudian masukkan dalam mesin basuh dengan pakaian lain serta jemur sekali. Tetapi cara ini, anda mungkin memerlukan lebih stok pad kain dalam simpanan kerana cara ini mengurangkan kekerapan membasuh tetapi memerlukan lebih kuantiti pad contohnya antara 20-25 keping. Kami menyarankan anda membeli sedikit demi sedikit untuk mengumpul koleksi simpanan pad anda.
Satu lagi cara mencuci untuk yang mempunyai simpanan pad kain yang sedikit, bilas dan basuh dengan tangan setiap kali anda tukar. Gunakan sedikit detergen, semasa membilas perlahan-lahan gosok permukaan atas pad untuk mengeluarkan darah dan sisa-sisa, dan perah berulang kali sehingga air yang keluar mengalir jernih. Pastikan tiada sisa atau darah yang keluar apabila anda perah air yang berlebihan untuk memastikan ianya bersih. Jemur  selepas cucian tangan atau masukkan satu kitaran dalam mesin basuh (dengan putar) sebelum jemur untuk lebih bersih dan cepat kering. Perlu diingat untuk tidak menggunakan mana-mana berus kain untuk mengelakkan kerosakan pad.

Mengapa saya perlu menukar kepada pad kain dibasuh?
Pad Kain diperbuat daripada pelbagai fabrik yang direka untuk menyerap dan menakung lembapan sebaik pad pakai buang. Ia tidak mengandungi bahan kimia dan toksik yang berbahaya untuk kesihatan rahim dan badan jika digunakan untuk masa yang panjang. Ia juga bersih dan tidak menyebabkan gatal apabila digunakan pada jangka masa yang lama seperti pad pakai buang. Pad Kain boleh bertahan berjam-jam sama seperti pad pakai buang,  anda tidak perlu menukar dengan lebih kerap apabila menggunakan pad kain, kerana ia mengandungi lapisan penyerap khas dan lapisan kalis air yang menghalang kelembapan daripada tembus ke bawah.
Dengan menggunakan pad kain, anda boleh menyimpan wang dari berbelanja untuk pad pakai buang atau tampon selama bertahun-tahun sepanjang hidup subur anda. Jangka hayat pad kain adalah di antara 5-10 tahun atau selagi ia boleh digunakan. Tidakkah seronok apabile anda tidak perlu lagi berfikir sama ada anda mempunyai pad yang cukup setiap bulan, anda tidak akan kehabisan pad apabila menggunakan pad kain.
Selain daripada itu, pad kain adalah mesra alam kerana ia mengurangkan pembuangan.

Bagaimana saya hendak menukar pad saya apabila saya keluar?
Selepas digunakan, lipat pad dengan permukaan atas ditutup ke dalam dan simpan pad kotor dalam bag kalis air yang mudah dibawa, kantung atau beg basahan pad yang anda boleh beli dari kami. Pad anda akan kekal terlindung dalam beg basahan berzip sehingga anda boleh basuh apabila tiba di rumah. Secara umumnya, jika darah itu kering, ia mungkin akan meninggalkan kesan degil. Tetapi kesan ini biasanya boleh dikeluarkan dengan merendam tuala dengan detergen apabila anda tiba ke rumah. Terima kasih kepada minky yang kalis kesan degil.

Apakah perbezaan yang dapat dirasakan setelah beralih daripada pad pakai buang dan tampon?

Terdapat dua perkataan yang biasa kami dengar selepas beralih, "Menakjubkan" dan "Tidak dijangka". Walaupun ia adalah berbeza bagi setiap individu, apa yang kami boleh janjikan kepada anda bahawa pad kain Snowdrop adalah jauh lebih selesa daripada mana-mana pad pakai buang yang anda pernah gunakan. Selain daripada betapa lembut dan selesanya ia pada kulit, manfaat lain yang paling baik adalah satu perasaan yang seronok dan sihat yang ramai tidak jangkakan. Kami menerima banyak maklum balas dari pelanggan, perubahan yang paling ketara adalah senggugut yang selalu mereka alami telah hilang sepenuhnya atau berkurangan dari bulan ke bulan. Satu lagi perkara yang baik, mereka tidak lagi merasa tertekan atau muram apabila haid datang. Lagi mengejutkan, pelanggan-pelanggan kami mengatakan bahawa mereka tidak sabar menunggu haid mereka datang setiap bulan kerana berasa seronok menggunakan pad kain yang bercorak dan berwarna-warni serta selesa. Seronok bukan?

Bagaimana Snowdrop berbeza daripada pad kain lain?

Pad Kain Snowdrop adalah jenis pad semua-dalam-satu yang direka untuk memberi keselesaan dan mudah untuk digunakan.

-Dengan lapisan penyerap yang diperbuat daripada mikrofiber yang anti-bakteria untuk menyerap kelembapan empat kali berat asalnya.
-Pad dan pantyliner kain Snowdrop telah direka untuk melekap dengan baik tanpa mengerutkan seluar dalam anda, terutamanya bahagian di belakang untuk perlindungan yang lebih baik dan selesa sepanjang hari.
-Pad dijahit bahagian atas di sekeliling, dan bukan dijahit tepi seperti kebanyakan pad kain yang lain (jahit tepi lebih cepat dan lebih murah) tetapi juga tidak tahan lama (lebih mudah ditarik terutamanya jika dimasukkan ke dalam mesin basuh).
-Lapisan penyerap dan atas dijahit bersama di tengah-tengah untuk memberi kesan yang nipis, kemas dan selesa. Lapisan kalis air tidak dijahit di tengah bagi mengelakkan tembus dan kebocoran.
-Kami hanya menggunakan fabrik import yang berkualiti tinggi, kami juga menempah khas fabrik seperti mikrofiber yang anti-bakteria, nilon bersalut PU untuk memberi prestasi yang maksimum, fungsi dan ketahanan kepada semua produk. Kedua-dua mikrofiber anti-bakteria dan nilon bersalut PU adalah diperakui Oeko-Tex Standard.
-Mutu kerja yang berkualiti, setiap satu daripada pad kami adalah buatan tangan dengan cermat dan terperinci untuk kualiti yang konsisten.
-Snowdrop menawarkan pilihan corak yang pelbagai dan rekabentuk yang sesuai dengan jiwa dan perasaan setiap wanita.
-Fabrik bercorak yang digunakan diimport khas dari pereka kain kapas USA yang bermutu tinggi, tidak mudah luntur dan tahan lasak.
-Harga yang berpatutan dengan kualiti yang tidak berkurang, jika dibandingkan penggunaan jenis fabrik yang lebih kurang sama, harga dan ukuran saiz dengan pad kain lain di pasaran, jenama Snowdrop adalah antara yang termurah anda akan jumpa. Kami hanya menyedari tentang ini setelah beberapa orang pelanggan sendiri tampil dan memberitahu tentang perbandingan serta perbezaan ini. Sila buat perbandingan sendiri tentang tiga komponen yang disebut.

Adakah ia akan bocor?

Jika anda menggunakan saiz yang sesuai untuk jumlah masa yang betul untuk disesuaikan dengan aliran anda, ia tidak seharusnya bocor. Pad kain Snowdrop lebih menyerap daripada pad pakai buang kerana keupayaan mikrofiber yang anti-bakteria boleh menyerap sehingga empat kali berat asalnya.

Semua pad dan pelapik kain dilengkapi dengan lapisan kalis air Nilon bersalut PU yang mempunyai peredaran udara yang baik untuk mengelakkan kebocoran. Walau bagaimanapun, jika anda memakai pad terlalu lama, pad kain juga boleh penuh dan tidak boleh menampung lebihan lembapan lagi seterusnya lembapan ini boleh meresap ke sekeliling pad dan kena pada seluar dalam, tetapi biasanya tidak berlaku kerana kebiasaannya sebelum penuh lagi kita akan bertukar kepada pad yang bersih. Purata penggunaan bagi setiap pad adalah antara 2-4 jam bagi aliran berat, 3-5 jam bagi sederhana dan lebih lagi bagi aliran yang ringan. Ini hanyalah sebagai panduan untuk rata-rata wanita yang menggunakan pad kain. Walaubagaimanapun ada wanita yang menggunakan pad kain dari pagi sehingga ke petang tanpa bocoran, ia bergantung sepenuhnya kepada aliran haid masing-masing. Jadi anda perlu cuba sendiri dan terus mencuba pelbagai saiz untuk aliran haid yang bersesuaian serta yang selesa untuk diri sendiri.

Bolehkah saya menggunakan pad atau pantyliner kain Snowdrop untuk kencing yang tidak disengajakan(inkontinen)?

Sudah tentu boleh! Kami menggunakan pad dan pelapik kain untuk tujuan ini juga, terutamanya semasa mengandung. Kami di sini mempunyai ibu dan nenek yang menggunakan produk Snowdrop untuk inkontinen. Kebanyakan pelanggan lebih suka Pantyliner Dry FLux dan Pad Light Mist untuk penggunaan ini. Bagi yang agak berumur dan sukar untuk mengawal kencing, kami menasihatkan agar menggunakan Pad Medium Dew untuk lebih perlindungan.

Adakah pad dan pelapik kain Snowdrop sesuai semasa mengandung dan selepas bersalin?

Sudah tentu! Sepanjang kehamilan, anda mungkin mempunyai keputihan yang berlebihan disebabkan oleh hormon, membuatkan pad dan pelapik kain lebih penting. Pad Maternity(untuk bersalin) kami adalah lebih selesa dan lembut terhadap perineum yang lembut(berbanding dengan pad pakai buang melekit serta kasar apabila bergesel dengan kulit). Pad Maternity direka khas khusus untuk bertahan sehingga 7 jam untuk penjagaan yang mudah dan bagi mengurangkan kekerapan untuk menukar untuk memberi ibu lebih masa rehat.

KENAPA SNOWDROP??

Pad kain Snowdrop ialah pad semua dalam satu yang direkabentuk supaya selesa dan mudah untuk digunakan.

-Dengan lapisan penyerap yang diperbuat daripada mikrofiber yang anti-bakteria untuk menyerap kelembapan empat kali berat asalnya.
-Pad dan pelapink kain Snowdrop telah direka untuk melekap dengan baik tanpa mengerutkan seluar dalam anda, terutamanya bahagian di belakang untuk perlindungan yang lebih baik dan selesa sepanjang hari.
-Pad dijahit bahagian atas di sekeliling, dan bukan dijahit tepi seperti kebanyakan pad kain yang lain (jahit tepi lebih cepat dan lebih murah) tetapi juga tidak tahan lama (lebih mudah ditarik terutamanya jika dimasukkan ke dalam mesin basuh).
-Lapisan penyerap dan atas dijahit bersama di tengah-tengah untuk memberi kesan yang nipis, kemas dan selesa. Lapisan kalis air tidak dijahit di tengah bagi mengelakkan tembus dan kebocoran.
-Kami hanya menggunakan fabrik import yang berkualiti tinggi, kami juga menempah khas fabrik seperti mikrofiber yang anti-bakteria, nilon bersalut PU untuk memberi prestasi yang maksimum, fungsi dan ketahanan kepada semua produk. Kedua-dua mikrofiber anti-bakteria dan nilon bersalut PU adalah diperakui Oeko-Tex Standard.
-Mutu kerja yang berkualiti, setiap satu daripada pad kami adalah buatan tangan dengan cermat dan terperinci untuk kualiti yang konsisten.
-Snowdrop menawarkan pilihan corak yang pelbagai dan rekabentuk yang sesuai dengan jiwa dan perasaan setiap wanita.
-Fabrik bercorak yang digunakan diimport khas dari pereka kain kapas USA yang bermutu tinggi, tidak mudah luntur dan tahan lasak.
-Harga yang berpatutan dengan kualiti yang tidak berkurang, jika dibandingkan penggunaan jenis fabrik yang lebih kurang sama, harga dan ukuran saiz dengan pad kain lain di pasaran, jenama Snowdrop adalah antara yang termurah anda akan jumpa. Kami hanya menyedari tentang ini setelah beberapa orang pelanggan sendiri tampil dan memberitahu tentang perbandingan serta perbezaan ini. Sila buat perbandingan sendiri tentang tiga komponen yang disebut.
-Snowdrop menawarkan jaminan *untuk kecacatan atau kerosakan dari proses pengilangan selama 1 tahun. Kami menjanjikan kepuasan kepada anda

TESTIMONI SNOWDROP

“Teruja sangat bila period dah tak senggugut macam dulu! Rasa selesa je setiap bulan sejak pakai Cloth Pad. Memang tak akan patah balik ke pad pakai buang!”
- Mira, Lumut

“Dulu keputihan memang banyak sangat kadang sampai berbau sebab jangkitan, dah bertahun-tahun memang bergantung pada pantyliner disposable hari-hari. Alhamdulillah baru bulan kedua pakai Cloth Liner terkejut bila tengok keputihan dah makin kurang, ada hari tak ada langsung. Syukur bila jumpa alternatif yang lebih sihat” - Shaniza, Gombak

“Saya memang jenis haid yang heavy sangat, kalau pakai pad biasa tu memang siap kena extend 2 pad maxi atau overnight depan belakang, kalau tak bocor. Bila jumpa Cloth Pad Snowdrop, rasa tak yakin pad ni boleh tampung sebab pad yang ada gel penyerap pun boleh bocor ni kan kain. Tapi bila ada baca testimoni ramai yang kata haid jadi normal bila pakai kain so saya decide untuk cuba. Mula-mula saya beli Medium dan Heavy pad dulu cuba pakai di rumah, hari pertama saya test pakai selama 4 jam gunakan pad heavy tak bocor, agak teruja dan lepas tu cuba pakai lebih lama sikit 5 jam, terkejut sebab masih tak bocor cuma ada sikit satu garisan tiris kat tepi panty tanda dah penuh sebab bila tukar memang rasa berat dah pad. Sekarang memang saya dah fully menggunakan Cloth Pad, sangat puas hati dan sekarang haid pun dah semakin berkurang, tak heavy macam dulu, rasa lebih normal sebab dah tak terlalu stress tiap kali haid datang macam dulu.” - Fatehah, Setapak

“Puas hati sangat dengan kualiti dan kekemasan jahitan. Saya ada beberapa Cloth Pad jenama lain yang biasa guna sebelum ni, tak pernah cuba Snowdrop sebab tengok harga agak tinggi sedikit. Bila terima Cloth Pad Snowdrop secara percuma dalam goody bag masa hadiri satu event, kagum dengan kualiti serta saiz, Light Pad panjangnya sama mcm pad maxi atau pad Medium jenama Cloth Pad lain. Bagi saya walaupun nampak harga tinggi sedikit tapi berbaloi kerana saiz yang lebih besar dan selesa sebab coverage yang penuh. Setakat ni, tak ada masalah kebocoran kecuali pada hari pertama hingga ketiga kalau saya terpakai lama. Sangat-sangat puas hati! Terima kasih Snowdrop kerana menghasilkan produk yang berkualiti.” - Nurul, Shah Alam

“Pertama kali beli dengan Snowdrop, teruja bila terima dan tengok Cloth Pad yang elok dalam packaging yang cantik, kemas dan tertutup. Sampai kawan-kawan ofis pun tanya-tanya sebab nampak menarik dan comel dengan corak dan warna yang cantik. Akhirnya, kawan-kawan pun terjebak order pantyliner untuk cuba sendiri sebab seronok tengok cantik-cantik. Lepas seminggu guna pantyliner puas hati bila mudah nak guna, nak basuh boleh masuk mesin je, jimat dah tak perlu nak beli pantyliner untuk pakai hari-hari. Sekarang dah mula mengumpul koleksi pantyliner dan pad sikit-sikit sampai cukup untuk pakai sepenuhnya.” - Syirin, Kepala Batas

“Saya ada masalah senggugut yang teruk sampai guling-guling sejak dari sekolah lagi. Tiap kali period, mmg jadi problem bagi saya. Sampailah dah kahwin pun sama, terpaksa hadapi masalah ni sampai dah jadi kebiasaan setiap bulan. Sekali tu ternampak gambar Cloth Pad Snowdrop seorang kawan share dalam facebook, nampak menarik sebab cantik. Entah kenapa terdetik hati nak cuba, order satu set Starter melalui facebook page Snowdrop. Bulan pertama period guna cloth pad, senggugut masih ada cuma terasa agak kurang sakitnya, mula-mula ingatkan kebetulan tapi bila masuk bulan kedua dan ketiga senggugut beransur kurang dan semakin hilang. Happy sangat-sangat dan sekarang dah 7 bulan saya gunakan Cloth Pad dan setia menggunakannya.” - Aida, Nilai

“Kalau dulu, rasa moody dan stress je bila period, sekarang ni bila pakai Cloth Pad rasa badan ringan dan tak moody mcm dulu. Sampai seronok pulak bila tukar-tukar pakai pad macam-macam corak dan warna. Bagi saya guna Cloth Pad ni mudah, selesa dan tak gatal atau melecet. Tak akan guna pad pakai buang lagi.” - Hawa, Johor Bahru

“Masa baru melahirkan rasa sakit bila luka episiotomi bergesel dengan pad sebab jahitan saya agak banyak. Kebetulan bercerita dengan Nisa untuk berkongsi masalah, Nisa menghantar satu set Maternity Pad untuk saya cuba. Sampai je terus minta suami tolong pre-wash dulu, dah kering terus guna, leganya hanya Allah yang tahu. Bila duduk bergesel pun tak rasa sakit sbb permukaan minky yang lembut memang tak rasa bila bergesel. Saya sangat recommend ibu-ibu dalam pantang untuk cuba Cloth Pad Snowdrop jika ada masalah yang sama macam saya.” - Shida, Ipoh

“Cloth Pad Snowdrop ni lembut sangat permukaan dia, bila pakai rasa selesa sangat. Kalau pakai masa haid tengah byk pun, tak terasa basah. Ada masa tu terlupa nak tukar sampai 5-6 jam, tak gatal pun walaupun pakai lama. Kalau pad biasa tu memang dah gatal-gatal kalau pakai lama sikit sampai melecet, senggugut pun berkurangan.” - Rosniza, Kuala Terengganu

“Saya puas hati pakai pad Snowdrop ni, klu pakai masa heavy 4-5 jam pun tak ada masalah lagi. Mudah sebab tak perlu tukar kerap sangat especially bila keluar berjalan atau kerja. Selalu kalau kat ofis tukar 1-2 kali je, shopping pun selalunya tak tukar walaupun bawa 1 keping standby. Nak simpan pun senang, yang kotor masukkan dalam wet bag sampai rumah baru basuh.” - Aishah, Ayer Keroh

“First time dalam pantang guna pad kain, agak risau sebab takut kerap kena tukar. Sekali tu saya pakai dan tertidur masa menyusukan anak, tersedar lepas 6 jam terkejut bila pergi tukar tak bocor pun cuma ada meleleh sikit ke belakang masa saya tidur. Memang best, sekarang tidur malam pun saya guna Maternity pad sebagai overnight pad walaupun dah habis pantang.” - Liza, Kuantan

“Saya pengguna setia produk Snowdrop sejak tahun 2009 lagi, dari mula sampai sekarang Snowdrop memang tak henti-henti improve kualiti produk. Saya akui pada mulanya, memang ada masalah bocor dan beberapa masalah seperti kualiti kain, kekemasan jahitan pada awal produk Cloth Pad ni dihasilkan Snowdrop. Dalam masa 4 tahun lebih, saya dah mencuba 9 batch cloth pad yang berlainan kerana dari semasa ke semasa rekabentuk dan material berubah-ubah untuk tujuan improvement. Bagi saya, tiada lagi yang dapat menandingi kualiti kain dan jahitan jenama Snowdrop. Dengan kain yang bermutu dan diimport, ada yang ditempah khas bagi tujuan mengelakkan kebocoran dan serapan yang bagus serta antibakteria. Tak sia-sia saya support dari tahun 2009 lagi. Customer service juga memuaskan hati, Nisa memang mengalu-alukan kritikan bagi tujuan improve dan kalau tak puas hati Nisa akan gantikan dengan yang baru. Snowdrop memang best!” - Sharifah, Petaling Jaya

“Saya nak bagi testimoni, hari tu saya test pakai Medium pad hari kedua period masa heavy dekat rumah. Dari pukul 10 pagi sampai pukul 5 petang, nampak darah satu je garisan belah kanan kat tepi pad. Puas hati sangat sebab dah terlebih-lebih lama guna kot, cuma bocor sikit je belah tepi.” - Ina, Klang

“Suka dengan customer service, belian pertama memang sampai cepat, hari ni order tengahari, esok dah sampai. Order kali kedua, Nisa outstation jadi hantar order saya lambat 2 hari. Tahu-tahu sampai barang dapat free gift 1 keping pantyliner yang harga RM17, padahal saya order barang dalam RM90 je pun. Suka sangat!” - Salwa, Jengka

“Senang guna Cloth Pad ni, tak lah susah macam orang sangka. Mudah nak cuci sebab saya cuma rendam tiap kali tukar pad, tukar air rendaman hari-hari sementara kumpul 2-3 hari untuk masuk mesin. Tak perlu gosok atau berus. Tak menjadi masalah untuk wanita yang berkerja.” - Shima, Kulai

“Kalau saya tahu tentang Cloth Pad ni lebih awal, dah lama saya tukar pada Cloth Pad. Rasa lega sangat sekarang dah tak gatal macam dulu tiap kali period. Saya tak akan berpatah balik kepada pad pakai buang. Terima kasih Snowdrop! - Shikin, Pasir Mas

“Seronok guna Cloth Pad ni, bila nak guna siap pilih corak yang berkenan ikut mood. Rasa happy je bila tau pakai pantyliner dan pad yang cantik dan comel.” - Raziah, Brunei

“Saya mula kenal pada Cloth Pad pada tahun 2011 melalui seorang kawan. Mula-mula tak yakin dengan produk ni, cuma guna pantyliner untuk kegunaan hari-hari. Bila dah selesa dengan kain, rasa kekok bila period kena pakai pad pakai buang yang kesat. Jadi try beli 2 keping Cloth Pad untuk cuba, tak menyesal cuba sebab puas hati dengan tahap serapan dia. Sangat recommend pada sesiapa yang ingin mencuba.” - Eryna, Temerloh

“Saya mula kenal pada Cloth Pad pada tahun 2011 melalui seorang kawan. Mula-mula tak yakin dengan produk ni, cuma guna pantyliner untuk kegunaan hari-hari. Bila dah selesa dengan kain, rasa kekok bila period kena pakai pad pakai buang yang kesat. Jadi try beli 2 keping Cloth Pad untuk cuba, tak menyesal cuba sebab puas hati dengan tahap serapan dia. Sangat recommend pada sesiapa yang ingin mencuba.” - Eryna,